Sarah, Shuib tinggalkan anak demi kekasih

PENYANYI Siti Sarah dan suaminya, Shuib sanggup meninggalkan tiga orang anaknya demi 'bertemu' Allah SWT yang dianggap sebagai kekasih di tanah suci Makkah.

Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, 34, berkata dia dan suaminya dari kumpulan Sepahtu itu akan menunaikan umrah pada 14 Mei ini selama 14 hari.

"Apabila Shuib beritahu anak-anak yang kami akan pergi meninggalkan mereka lama, memang terus menangis.

"Tapi saya jelaskan betul-betul barulah mereka faham. Demi nak bertemu dengan kekasih kami terpaksa juga meninggalkan mereka.

"Bagi saya, sayang pada Allah adalah yang pertama. Insya-Allah kami akan berangkat ke Makkah pada Isnin ini selama 14 hari," kata Sarah.


Pasangan itu ditemui pada majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di Puchong, malam Jumaat.

Tambah Sarah, dia dan Shuib tidak mahu membawa anak-anaknya kerana ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki di tanah suci Makkah sebagai suami isteri.

"Ini adalah kali pertama saya dan Shuib pergi ke Makkah sebagai pasangan suami isteri. Tapi kalau ikutkan ini kali kedua saya.

"Bukan sengaja tak nak bawa anak-anak tapi biar kami pergi dahulu, tengok keadaan macam mana.

"Sebab tak tahu lagi situasi di sana macam mana kalau bawa mereka. Kali ini saya akan pergi bersama Shuib dan Ustaz Halim," ujarnya.


Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Dalam pada itu, pasangan ini tidak membuat persiapan dari segi barangan namun bersiap sedia dari segi mental dan fizikal.

"Memandangkan kami akan berada di sana pada bulan Ramadan, jadi kami hanya membuat persiapan dari segi mental dan fizikal.

"Kalau bab barangan itu tak ada persiapan sangat. Sebab Ustaz Halim beritahu saya jangan fikirkan sangat mengenai pakaian apa yang perlu dibawa.

"Lengkapkan diri terlebih dahulu. Baju-baju boleh beli di sana sahaja," kata Shuib.



Sarah, Shuib tinggalkan anak demi kekasih Sarah, Shuib tinggalkan anak demi kekasih Reviewed by Kakigosip on 18:29:00 Rating: 5
Powered by Blogger.