Peminat terkejut tengok wajah Jungkook (BTS) tanpa solekan

RAHSIA ketampanan selebriti lelaki di Korea Selatan bukan lagi rahsia apabila ramai di antara mereka melakukan pembedahan plastik atau pun menggunakan solekan untuk kelihatan lebih menarik.

Ini termasuklah anggota kumpulan BTs iaitu Jungkook yang sentiasa dipuja peminat kerana wajahnya yang kacak dan sentiasa tampil menarik dihadapan peminat.

Bagaimanapun peminat terkejut dengan penampilan Jungkook yang tidak memakai solekan ketika muncul dalam sebuah program baru-baru ini.



Ramai memuji rupa parasnya yang didakwa lebih kacak tanpa sebarang solekan dan meminta penyanyi itu menjadi dirinya yang sebenar.

"Wajah Jungkook lebih kacak tanpa solekan dan dia sepatutnya tidak lagi menggunakan solekan untuk kelihatan lebih menarik.

"Malah dia kelihatan lebih maskulin dan saya jatuh cinta dengan Jungkook tanpa solekan," kata peminatnya.



Peminat terkejut tengok wajah Jungkook (BTS) tanpa solekan Peminat terkejut tengok wajah Jungkook (BTS) tanpa solekan  Reviewed by Kakigosip on 14:07:00 Rating: 5
Powered by Blogger.