Nazim Othman, Bella Dally bercerai

KURANG dari dua tahun usia perkahwinan pasangan pelakon terkenal, Nazim Othman dan Bella Dally difahamkan kini sudah berakhir.

Berita mengejutkan industri hiburan hari ini disahkan dan dikongsi sendiri oleh Nazim Othman menerusi Instagram miliknya.


"Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Saya dengan rasa berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa, di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir," tulisnya sebentar tadi.

Nazim dan mewakili Bella mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang selama ini telah mendoakan yang baik-baik buat rumah tangga mereka.


"Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini.

"Sesungguhnya segala keindahan itu datangnya dariNya dan semua kekurangan itu hadir atas kekhilafan kami sebagai manusia biasa.

"Allah maha mengetahui atas segala sesuatu, maha pengampun lagi maha penyayang. Wassalam," tulisnya mengakhiri luahan ini.

Nazim dan Bella, selamat diijabkabulkan pada 10 September 2016.
Nazim Othman, Bella Dally bercerai Nazim Othman, Bella Dally bercerai Reviewed by Kakigosip on 18:39:00 Rating: 5
Powered by Blogger.