Menasihati netizen secara sindiran: Fitri Haris

BEKAS anggota UNIC, Fitri Haris, 34, meluahkan perasaan apabila ada yang cuba melaga-lagakan dirinya dengan kumpulan UNIC.

“Saya bukan nak lawan UNIC dan jangan laga-lagakan kami.


“Saya akan sentiasa menyokong UNIC dan akan selalu menyayangi UNIC tidak kira siapa jua ahlinya kerana itulah tempat saya di lahirkan di dalam industri ini. Mana mungkin saya lupakan,” coretnya.

Menurut Fitri Haris, isu ini sudah lama apabila orang bandingkan dirinya dengan UNIC, tambah pula lagu Zinnirah yang bakal dilancarkan oleh UNIC.

“Kebetulan pula saya dapat lagu itu untuk dinyanyikan pada malam konsert akhir GGV2, jadi peminat tidak faham. Bagi peminat tegar UNIC menganggap saya kononnya mahu menumpang populariti mereka.

“Dia orang silap, saya takkan pernah membenci UNIC dan hubungan kami dalam keadaan yang baik.

"Saya sayangkan UNIC malahan banyak kali menawarkan diri untuk masuk UNIC cuma belum berpeluang dan ada rezeki lagi.

“Konklusinya, netizen cuma mencipta isu-isu tanpa berfikir sensitiviti kami. Sekali lagi, kami tak ada masalah dan saya pula tak marah, sekadar meluah dan menasihati netizen secara sindiran,” luah juara GGV2 .
Menasihati netizen secara sindiran: Fitri Haris Menasihati netizen secara sindiran: Fitri Haris Reviewed by Kakigosip on 21:25:00 Rating: 5
Powered by Blogger.