Kostum Iron Man Lesap

Kostum watak ‘Iron Man’ berwarna merah dan emas yang dipakai aktor Hollywood, Robert Downey Jr dalam karya asal adiwira itu pada 2008 dilaporkan hilang dalam sebuah kemudahan simpanan, di Los Angeles, semalam.

Jurucakap polis Los Angeles, Christopher No ketika memberitahu AFP, pemilik gudang itu percaya kostum itu hilang dari kemudahan simpanan peralatan di Pacoima di utara pusat bandar Los Angeles antara Februari hingga 25 April lalu.

Beliau berkata, insiden itu dianggap luar biasa dan pihak polis amat mengambil berat mengenai kejadian itu, namun, setakat ini penyiasat tidak menemui sebarang petunjuk mengenai kes terbabit - AFP

Kostum Iron Man Lesap Kostum Iron Man Lesap Reviewed by Kakigosip on 13:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.