Khai Bahar akui gigil duet dengan Siti Nurhaliza

PENYANYI Khai Bahar meluahkan perasaan terujanya kerana dapat berduet dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Saya memang ada bercita-cita untuk berduet dengan Datuk Siti tapi mungkin 10 tahun lagi.  Tak sangka rezeki saya dapat berduet dengan beliau secepat ini.  Peminat-peminat saya pun turut gembira dengan berita ini.  Semua tak sabar nak tunggu lagu itu.


"Bila dapat maklumat dari pihak pengurusan, dan ditawarkan berduet dengan Datuk Siti, saya tak fikir panjang terus terima sahaja," kata Khai.

Khai turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Siti kerana sudi memberi peluang dan memilih dirinya sebagai rakan duet.

"Bekerja dengan Datuk Siti memang best. Pernah jumpa tapi tak pernah dapat berbual panjang, kali ini dapat berbual dan lebih rapat.  Kemudian dapat berduet pula, pada mulanya gigil juga tapi kena kawal diri (ketawa).

"Datuk Siti seperti mana yang kita lihat di kaca TV seorang yang lemah lembut, begitulah dia di dalam studio.  Kenangan tu memang best," jelas Khai yang turut mengimpikan untuk berduet dengan Siti pada masa akan datang jika diberikan peluang lagi.

Khai berduet dengan Siti Nurhaliza menerusi lagu, Cinta Syurga yang bakal dilancarkan Ramadan nanti.

Menurut Siti, pemilihan penyanyi yang sedang popular dengan lagu Luluh itu adalah kerana jenis dan kualiti vokal yang dimiliki Khai, selain popularitinya sebagai penyanyi ketika ini.

Peminat boleh mendapatkan single terbaharunya ini menerusi rangkaian platform digital selain muzik video liriknya yang akan dipromosikan tidak lama lagi.
Khai Bahar akui gigil duet dengan Siti Nurhaliza Khai Bahar akui gigil duet dengan Siti Nurhaliza Reviewed by Kakigosip on 22:14:00 Rating: 5
Powered by Blogger.