Kejutan istimewa Abil buat anaknya Keisha


DEMI memberi kejutan istimewa kepada puteri tunggalnya, pelakon berbakat besar, Nabila Huda, mengakui sengaja membiarkan Keisha Laila, 8, merajuk.

Jelas Nabila, 34, sejak hari jadi Keisha pada 11 Mei lalu, dia sengaja tidak melayan anaknya itu, supaya Keisha sentap dan emosional dengannya, bagi memastikan perancangannya berjalan lancar.


Bahkan, dia turut  berterima kasih kepada team produksi Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL2018) kerana membenarkan menggunakan pentas bagi memberi kejutan kepada Keisha.


"Terima kasih kepada pihak DFKL2018 bagi Abil guna pentas untuk memberi kejutan hari jadi kepada Keisha di atas pentas bersama semua pemenang.

"Keisha sangat gembira. Feeling habis. Dapat pula ambil gambar dengan pelakon lelaki pujaan ramai.

"Happy belated birthday Keisha. Maaf dari harijadi Keisha hingga hari ini, kami buat tak layan sebab mummy nak surprise Kash on stage dengan your dream cake.

"Yayyyy surprise Mummy and abi menjadi. Untunglahhh satu dewan nyanyi lagu for you. I love you so much baby girl," tulisnya.

Pada malam itu, Keisha turut tampil bergaya dengan dress rekaan Mode.Miroljonit  dan disolek oleh juru solek terkenal, Bosco Ryzal.
Kejutan istimewa Abil buat anaknya Keisha Kejutan istimewa Abil buat anaknya Keisha Reviewed by Kakigosip on 05:08:00 Rating: 5
Powered by Blogger.