‘Kadang yang banyak bercakap itu pun tin kosong’

SELEBRITI media sosial, Wak Doyok dikecam hebat oleh netizen berikutan tindakan menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri baharu.

Terdahulu, Wak Doyok merupakan antara selebriti yang kerap menyokong program bersama Barisan Nasional.


Jelasnya dia tidak terikat dengan mana-mana parti politik, hanya memenuhi undangan penganjur.

“Sebagai seorang selebriti tidak tertakluk kepada sesiapa pun, sebelum ini pembangkang ada minta saya datang dan saya hadir.

“Sebagai rakyat Malaysia kita harus tahu jangan tuduh melulu sama ada orang itu lalang ke tidak.

“Gambar tular bersama program BN itu gambar sebelum dan selepas, tidak ada pula mengeluarkan kenyataan menyokong ataupun tidak, sekadar ambil gambar.

“Kadang-kadang yang banyak bercakap itu pun seperti tin kosong. Suara rakyat tak ada? Ini (sambil menunjukan jari telunjuk tangan kiri) bukti suara rakyat,” katanya menerusi video rakaman mStar online.
‘Kadang yang banyak bercakap itu pun tin kosong’ ‘Kadang yang banyak bercakap itu pun tin kosong’ Reviewed by Kakigosip on 18:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.