'Job' Ditarik, Bayaran Disekat Gara-gara Lantang

Sejak awal tahun sehingga kini, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil masih belum menjalani sebarang penggambaran disebabkan beberapa tawaran lakonan yang pernah diterima telah ditarik balik oleh pihak produksi.

Menurut Farid, produksi memberikan alasan tawarannya ditarik gara-gara sikap berani dan kelantanganya bersuara menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di media sosial sebelum ini.

"Dalam tempoh ini, saya belum jalani apa-apa penggambaran lagi. Saya tahu saya digam sejak dari awal tahun ini.

"Sebab, beberapa tawaran yang saya dapat akhirnya ditarik balik oleh produksi. Selain itu, bayaran penuh saya juga belum dilangsaikan.

"Produksi memberikan alasan, tawaran ditarik dan bayaran saya disekat kerana kelantangan saya satu ketika dulu. Jadi mereka tak berani nak ambil saya berlakon untuk produksi mereka," kongsi Farid mengenai perkembangan terkininya.

Farid, 37, ditemui ketika hadir pada sesi ramah mesra anak seni bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, bertempat di Dapoq Che Jun, Kuala Lumpur

Suami kepada pelakon Datin Diana Danielle ini mengakui sekatan tersebut sedikit sebanyak memberi tekanan kepada dirinya.

Namun dia kini berpuas hati apabila apa yang diperjuangkan dan diharapkan sudah berhasil apabila tampuk kepimpinan negara kini beralih kepada kerajaan yang baharu.

"Saya akui saya merupakan salah seorang yang lantang bersuara ketika kerajaan dahulu kerana saya celik politik dan tahu apa yang tidak memberi kebaikan pada negara.

"Kalau tidak cakap perkara yang betul, takkan ada perubahan berlaku. Jadi, apabila kerajaan baru memerintah saya berasa gembira dan sangat puas," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Farid juga sedang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan pada lutut sebelah kaki kanan disebabkan ligamen ACL yang putus.

Kata pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini dia mula menyedari masalah tersebut sejak beberapa bulan lalu apabila dia berasa kaki kanannya lemah dan tidak boleh berjalan dengan betul.

"Sebenarnya saya tak sedar bila ia putus. Saya mula rasa kaki kanan saya lemah. Kalau berjalan tak rasa sakit cuma apbila saya sujud ketika dalam solat, baru terasa sakit.

"Jadi baru-baru ni saya jalani pemeriksaan dan saya dinasihatkan supaya menjalani pembedahan. Saya berharap saya dapat jalani pembedahan sebelum hari raya ini," tuturnya.
'Job' Ditarik, Bayaran Disekat Gara-gara Lantang 'Job' Ditarik, Bayaran Disekat Gara-gara Lantang Reviewed by Kakigosip on 17:08:00 Rating: 5
Powered by Blogger.