Izzue Islam pertahan isteri kena kecam

PELAKON dan penyanyi, Izzue Islam mempertahankan isterinya, Awin Nurin, yang menerima pelbagai kecaman netizen apabila didakwa mengawal ketat setiap pergerakan Izzue termasuklah melarangnya untuk melakonkan babak-babak mesra dalam lakonan.

Biarpun Izzue sebelum ini telah menafikan dan membuat perjelasan tentang tohmahan tersebut, ia masih lagi diperkatakan sehingga sekarang apatah lagi apabila timbul dakwaan terbaharu yang mengatakan pelakon asal Kelantan ini juga enggan menyebut perkataan ‘sayang’ dalam babak lakonannya.


Izzue yang kecewa dengan dakwaan tersebut sekali lagi menegaskan tindakannya untuk tidak melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita dan menyebut perkataan ‘sayang’ adalah atas keputusannya sendiri dan bukan kerana kehendak isteri.

“Mereka yang mengenali dan pernah bekerjasama tahu cara saya serta Awin bekerja. Saya tidak mampu menutup mulut orang, tetapi saya mohon, jangan salahkan Awin. Sebelum membuat andaian, tanya saya dahulu.

“Jika tidak puas hati atau keliru, boleh menghantar mesej peribadi untuk saya jelaskan. Jangan sampai menabur fitnah, dapat dosa percuma sahaja nanti,” katanya kepada sebuah portal.

Tambah Izzue lagi, prinsip tersebut menjadi pegangannya selepas berkahwin dilakukan atas kesedarannya sendiri dan bukan atas permintaan atau desakan isteri.

Apatah lagi Izzue merasakan ia menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga hati isteri dan keluarga kedua belah pihak, selain mengelakkan fitnah.

“Saya bimbang tindak-tanduk saya menjadi bahan fitnah, sedangkan banyak hati yang perlu dijaga.

“Keluarga saya dan mentua bukan dalam kalangan orang seni, mereka mungkin tidak faham. Saya tidak mahu isu atau persepsi yang ditimbulkan menyinggung perasaan mereka,” jelasnya minta difahami.
Izzue Islam pertahan isteri kena kecam Izzue Islam pertahan isteri kena kecam Reviewed by Kakigosip on 05:04:00 Rating: 5
Powered by Blogger.