Izzue Cabar Penyebar Fitnah Tunjuk Bukti Isterinya Guna Bomoh

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam, 27, mencabar pihak yang menuduh isterinya, Awin Nurin, mengamalkan ilmu hitam supaya tampil menunjukkan bukti.



"Jika benar Awin mengamalkan ilmu hitam seperti yang didakwa, buktikan dan tunjuk bomoh yang digunakan.

Perkara ini bukan membabitkan akaun palsu, sebaliknya beberapa individu. Saya terkilan kerana individu yang membuat tuduhan seperti tidak ada agama dan tidak beri bukti.

"Hentikanlah buli siber kerana ia memberi impak negatif kepada banyak pihak. Jika kurang pasti, jangan mulakan sesuatu yang tidak pasti kesahihannya... Mentaliti begini harus dihentikan," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Izzue yang juga anggota kumpulan Forteen berkata, dia juga kecewa kerana ada netizen mempersoalkan mengenai zuriat.

"Pasangan berkahwin mana yang tidak mahu cahaya mata? Jangan tuduh sesuka hati saja," katanya.

Izzue dan Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin berkahwin pada 2 Jun 2013.
Izzue Cabar Penyebar Fitnah Tunjuk Bukti Isterinya Guna Bomoh Izzue Cabar Penyebar Fitnah Tunjuk Bukti Isterinya Guna Bomoh Reviewed by Kakigosip on 12:12:00 Rating: 5
Powered by Blogger.