Hujan duit diteruskan biarpun dikecam: CEO Mood Republik

BIARPUN berdepan dengan kecaman sesetengah netizen yang tidak bersetuju dengan acara hujan duit yang dianjurkan, namun pihak Mood Republik akan tetap meneruskan acara itu pada KL Raya Fest 2018.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mood Republik, Datuk Kimi Iskandar Ismail, pihaknya tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi duit di dalam sampul kepada pengunjung yang hadir.


Oleh itu, hujan duit adalah cara yang lebih fleksibel dan cepat kerana ia tersebut berlangsung dalam tempoh lima minit untuk enam sesi.

"Bagi saya perkara paling utama adalah niat dan niat saya hanyalah mahu berkongsi dan menghargai pengunjung yang datang.

"Ingin saya tegaskan bahawa acara hujan duit bukanlah satu gimik murahan, sebaliknya ia adalah satu penghargaan kepada pengunjung yang hadir kelak.

"Secara tidak langsung, ia menjadi kelainan yang membezakan Mood Republik dengan festival lain," katanya ketika ditemui pada sidang media Back to Back Raya Galore Festival Mood Republik 2018 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.


Tambah Kimi Iskandar, pihaknya bagaimanapun tidak memaksa orang ramai untuk menyertai dan pihaknya juga sudah memaklumkan garis panduan bagi mereka yang datang ke mana-mana Mood Republik.

"Kami ada keluarkan garis panduan antaranya sebarang kecederaan adalah tanggungjawab mereka sendiri.

"Malah pihak saya melarang keras kanak-kanak atau ibu bapa yang membawa anak, ibu mengandung, warga emas dan juga orang kelainan upaya menyertai acara berkenaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

"Kita juga ada menempatkan Rela di situ dan sekiranya mereka nampak individu-individu yang dilarang menyertai ini, mereka akan tarik keluar sebelum acara bermula," jelasnya.

KL Raya Fest tahun ini akan bermula 8 Jun hingga 11 Jun  dan berlangsung selama 72 jam tanpa henti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

Tahun ini, seramai 97 selebriti antaranya Yana Samsudin, Emma Maembong, Ziana Zain, Wawa Zainal dan Aeril Zafril, Rozita Che Wan dan Zain Saidin serta ramai lagi.
Hujan duit diteruskan biarpun dikecam: CEO Mood Republik Hujan duit diteruskan biarpun dikecam: CEO Mood Republik Reviewed by Kakigosip on 07:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.