Haliza Misbun puji RTM tak pentingkan artis popular sahaja

PELAKON hebat Haliza Misbun meskipun ceritanya agak kurang disiarkan di media massa namun sebenarnya dia masih lagi aktif berlakon. 

Maka Haliza tidak setuju jika dikatakan dia bikin come back.


Menurut Haliza, dia merupakan pelakon yang mementingkan kualiti.  Oleh sebab itulah dia memilih untuk lebih selektif.

“Sebelum ini ramai cakap saya buat kemunculan semula walhal saya ada sahaja berlakon dalam drama Kelip-Kelip Di Kota London dan Papa Nak Menantu. Cuma saya cenderung memilih projek yang tidak popular, tapi berkualiti.

“Contohnya untuk projek-projek yang bersiaran di RTM. Mereka tidak mementingkan artis yang mempunyai pengikut ramai di media sosial, sebaliknya lebih kepada naskhah yang ditampilkan.

“Selalunya saya menerima tawaran berlakon kerana minat dan skripnya yang bagus. Paling penting juga, saya tengok siapa produsernya dan mesti mengenalinya,” katanya.

Bercerita tentang perkembangan terbaharunya, Haliza memainkan watak sebagai Datin Rozita, ibu angkat kepada pelakon, Tasha Shilla di dalam drama Drama Air Mata Syurga di saluran Hypp TV yang turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Ellie Suriati, Normah Damanhuri, dan ramai lagi.
Haliza Misbun puji RTM tak pentingkan artis popular sahaja Haliza Misbun puji RTM tak pentingkan artis popular sahaja Reviewed by Kakigosip on 13:31:00 Rating: 5
Powered by Blogger.