Fizz Fairuz Tak Galakkan Almy Nadia Kuruskan Badan

Pelakon Datuk Fizz Fairuz tida mahu ambil pusing kata-kata netizen mengenai bentuk badan isterinya, Datin Almy Nadia.

Jelas Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 39, berkata dia mahu isterinya itu mengamalkan sebarang diet dengan cara yang betul.

"Badan Amy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram.

"Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet tu dengan cara yang betul.

"Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat," kata Fizz seperti yang dilaporkan mStar online.

Tambah Fizz lagi, dia tidak akan mendesak Almy untuk menguruskan badannya kerana memahami wanita itu sibuk menguruskan anak-anak dan sedang hamil anak ketiga.

"Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak.

"Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri. Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak.

"Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit," ujarnya.
Fizz Fairuz Tak Galakkan Almy Nadia Kuruskan Badan Fizz Fairuz Tak Galakkan Almy Nadia Kuruskan Badan Reviewed by Kakigosip on 13:50:00 Rating: 5
Powered by Blogger.