Fitri Haris juara Gema Gegar Vaganza 2018

PENYANYI Fitri Haris muncul sebagai juara Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) yang dipancarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam tadi.

Fitri tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu Zinnirah nyanyian asal UNIC menewaskan lima finalis lain yang turut bertanding iaitu Awi Rafael, Brothers, Adeep Nahar, Heliza & Hazwani dan InTeam.


Kemenangan ini sekali gus melayakkan Fitri membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi.

Sementara itu, Adeep Nahar bergelar naib juara dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 dan trofi.

Awi Rafael pula berada di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan trofi.

Diikuti In-Team yang menduduki tempat keempat, sementara Heliza & Hazwani dan Brothers pula masing-masing di tempat kelima dan keenam.

Pertandingan GGV2 di peringkat akhir ini diadili dua juri profesional yang terdiri daripada Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi selaku juri tetap, manakala Datuk M Nasir pula sebagai juri undangan.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Ustaz Fuad Mat Ali dan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.

Malam kemuncak GGV2 yang juga disiarkan secara langsung di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) ini menampilkan penyanyi Siti Nordiana dan pelakon Fikry Ibrahim sebagai pengacara serta Fakhrul UNIC sebagai pengacara bersama.
Fitri Haris juara Gema Gegar Vaganza 2018 Fitri Haris juara Gema Gegar Vaganza 2018 Reviewed by Kakigosip on 10:39:00 Rating: 5
Powered by Blogger.