'Dekatkan Jarak Kita' rangkul 2 anugerah DFKL2018

ANUGERAH Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) yang berlangsung sebentar tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), telah menobatkan drama Dekatkan Jarak Kita terbitan JS Pictures Sdn Bhd sebagai Drama Pilihan.

Acara berprestij itu turut menobatkan dua bintang terkenal iaitu Zul Ariffin, Janna Nick sebagai Aktor dan Aktres Pilihan.


Manakala, Pasangan Pilihan menerusi lakonan drama Dekatkan Jarak Kita milik pelakon Ayda Jebat dan Syafiq Kyle.

Sementara itu, selaku pengarah drama, Heykal Hanifah menang bagi kategori Pengarah Pilihan drama Titian Cinta. Farhana Fauri menang untuk kategori Penulisan Skrip Pilihan drama yang sama.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 dihoskan oleh Nabila Huda dan Ajak Shiro.

Majlis tersebut turut dihiburkan dengan persembahan menarik artis hebat tanah air.

1. Ayda Jebat, Budak Joget & Altimet lagu Drama

2. Ernie Zakrie lagu Medley OST Drama Top 5: Menanti Janji, Permata Cinta, Dekat Tapi Jauh, Sumpah Cintaku & Tergantung Sepi

3. Haqiem Rusli & Ismail Izaani lagu medley Jatuh Bangun & Luar Biasa

4. Datin Diana Danielle & Janna Nick lagu medley Tentang Kita & Akan Bercinta

5. Siti Sarah & Shuib lagu Gelora & Saat Yang Bahagia

6. Syamel VS Azlan Typewriter lagu Sambutlah Kasih.

Anugerah DFKL ini bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2018.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Tahniah Kakigosip ucapkan kepada semua pemenang dan semoga terus maju serta dapat menghasilkan karya-karya seumpama ini.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah DFKL 2018:

1. Drama Pilihan: Dekatkan Jarak Kita

2. Aktor Pilihan: Zul Ariffin

3. Aktres Pilihan: Janna Nick

4. Pengarah Pilihan: Heykal Hanifah

5. Pasangan Pilihan: Ayda Jebat & Syafiq Kyle (drama Dekatkan Jarak Kita)

6. Skrip Pilihan: Farhana Fauri -Drama Titian Cinta

7. Lagu/ Ost Pilihan: Asfan Shah - Sumpah Cintaku drama Titian Cinta

8. Antagonis Pilihan: Syukri Yahaya

9. Drama Pendek Pilihan: Manikam Dalam Lipatan

10. Drama Radio Pilihan: Radio Kool Bukan Cinta Biasa (Zul Huzaimy & Nad Zainal)

11. Drama Pilihan tonton VIP: Zahir Tak Terucap (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)

12. Anugerah khas Selfie Paling Drama: Ain Edruce
'Dekatkan Jarak Kita' rangkul 2 anugerah DFKL2018 'Dekatkan Jarak Kita' rangkul 2 anugerah DFKL2018 Reviewed by Kakigosip on 04:59:00 Rating: 5
Powered by Blogger.