Datuk Siti Nurhaliza pilih Khai Bahar

PENYANYI terkenal, Datuk Siti Nurhaliza akhirnya mengumumkan Khai Bahar sebagai rakan duet  untuk single terbaharunya, Cinta Syurga yang bakal dilancarkan Ramadan nanti.

Menurut Siti, pemilihan penyanyi yang sedang popular dengan lagu Luluh itu adalah kerana jenis dan kualiti vokal yang dimiliki Khai, selain popularitinya sebagai penyanyi ketika ini.


"Saya pilih Khai kerana jenis dan kualiti vokalnya. Selain itu, kita turut menimbang faktor populariti dimiliki Khai selain kemampuannya mengalun zikir dengan baik," katanya kepada sebuah portal hiburan.

Mengulas lebih lanjut tentangt single berkenaan, kata Siti, Cinta Syurga merupakan versi baharu single terdahulu, Comel Pipi Merah dan bentuk zikir.

Malah sepanjang rakaman single ini, Siti dan Khai turut dibantu anggota kumpulan nasyid Unic, Bazli yang menjaga vokal dan bertindak sebagai penyanyi latar un tuk lagu ini.

"Kita ubah liriknya untuk disesuaikan mengikut konsep zikir. Single ini akan mula dipromosikan sempena Ramadan ini," kata Siti lagi.

Peminat boleh mendapatkan single terbarunya ini menerusi rangkaian platform digital selain muzik video liriknya yang akan dipromosikan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Siti baru sahaja melanjacarkan butik kelapan Creacion & SimplySiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mall pada Ahad lalu.
Datuk Siti Nurhaliza pilih Khai Bahar Datuk Siti Nurhaliza pilih Khai Bahar Reviewed by Kakigosip on 05:02:00 Rating: 5
Powered by Blogger.