Dakwa dulu disekat, kini Syafiq Yusof mohon bebas berkarya isu negara

PENGARAH Syafiq Yusof memohon supaya kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) dapat membuka ruang kebebasan bersuara dalam kalangan pembikin filem.

Syafiq, 26, berkata pemintaannya itu supaya pembikin filem dapat berkarya dengan bebas dalam menyentuh isu-isu realiti negara yang sebelum ini didakwa disekat.

"Sebagai pembikin filem, saya mohon kerajaan baharu dapat memberi kebebasan bersuara.

"Untuk pembikin filem berkarya dengan bebas dalam menyentuh isu-isu realiti negara yang selama ini disekat dengan tapisan yang bukan-bukan," dakwanya lagi.


Syafiq mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi laman Twitternya selepas berita kemenangan gabungan parti politik menerusi PH pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) yang diumumkan pada pagi Khamis.

Tambah pengarah filem Kl Special Force itu, dia percaya ramai pembikin filem daripada golongan belia yang mahukan perubahan dalam industri perfileman.

Kata Syafiq, mereka tidak mengharapkan wang atau geran namun hanya ingin hak kebebasan bersuara, perlaksanaan undang-undang yang telus bagi memajukan filem tanah air.

"Saya percaya ramai pembikin filem terutama dari golongan orang muda mahukan perubahan dalam industri perfileman. Bukan wang atau geran yang kami harapkan.

"Kami mahu hak kebebasan bersuara, perlaksanaan undang-undang yang telus dan pembangunan serta kajian dalam memajukan filem tanah air.


Rata-rata pengikut Syafiq di laman sosialnya itu turut berharap dapat melihat karya-karya baharu serta segar dibawah arahan pengarah muda sepertinya.

Malah, sebahagian besar daripada netizen juga mahu anak kepada pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam itu membikin sebuah filem mengenai kerajaan Malaysia.

"Saya harap dapat melihat karya-karya filem begini dibawah arahan pengarah muda macam @syafiqyusof. Idea segar dan menarik. Good luck pengkarya di Malaysia.

"Filem yang dapat membuka mata, minda rakyat agar pada masa akan datang rakyat dapat berfikir diluar kotak, dapat melihat realiti, sampaikan mesej yang betul.

"Aku dah tak larat hadap cerita rempit, cerita gengster, cerita hantu. Come on, buat filem tentang negara," kata beberapa netizen.



Dakwa dulu disekat, kini Syafiq Yusof mohon bebas berkarya isu negara Dakwa dulu disekat, kini Syafiq Yusof mohon bebas berkarya isu negara Reviewed by Kakigosip on 14:13:00 Rating: 5
Powered by Blogger.