Dahan pokok zaitun penamat sengketa Taylor Swift, Katy Perry

PERANG dingin di antara dua penyanyi terkenal iaitu Taylor Swift dan Katy Perry nampaknya sudah berakhir.

E! melaporkan Katy menghantar hadiah berupa dahan pokok zaitun kepada Taylor sebagai simbul perdamaian kepada penyanyi itu.

Katy menghantar hadiah tersebut berserta kad ketika pembukaan konsert jelajah dunia Taylor, Reputation Tour baru-baru ini.

Penyanyi berusia 28 tahun itu turut memuat naik video di InstaStory bagi mengucapkan terima kasih kepada Katy atas hadiah diberikan.

"Saya baru sahaja masuk ke bilik solekan dan mendapat hadiah berupa dahan pokok zaitun! Ia amat bermakna buat diri saya. Terima kasih Katy," katanya dalam video itu.

Sementara itu, Taylor turut membaca ucapan yang tertulis dalam kad dihantar Katy yang antara lain memberitahu dia ingin menjernihkan keadaan di antara mereka berdua.

"Hai kawan lama! Saya kembali merenung terhadap semua salah faham dan perasaan tidak baik di antara kita sebelum ini. Saya ingin menjernihkan keadaan," tulis Katy.

Pergaduhan di antara dua bintang itu tercetus apabila Taylor ketika ditemubual majalah Rolling Stone pada 2014 memberitahu ada penyanyi yang mencuri penari latarnya yang dipercayai ditujukan kepada Katy.



Dahan pokok zaitun penamat sengketa Taylor Swift, Katy Perry Dahan pokok zaitun penamat sengketa Taylor Swift, Katy Perry  Reviewed by Kakigosip on 14:08:00 Rating: 5
Powered by Blogger.