Cabaran Hefny berpuasa di Kota Izmir, Turki

PELAKON Hefny Sahad tidak merasakan bahawa berpuasa di luar negara dalam tempoh yang panjang sebagai satu cabaran besar kerana sebelum ini dia pernah berpuasa di Eropah berbeza ketika menjalani penggambaran program Travelog Salam Dunia selama 27 hari.

Namun yang berbeza adalah kerana jika dahulu program sahaja tetapi kali ini adalah penggambaran drama Cintaku Di Bumi Izmir sebanyak 30 episod terbitan Creative Skill.


"Cabarannya, penduduk di sini mereka tidak bertutur dengan bahasa Inggeris, jadi saya bergantung kepada pemandu pelancong. Walaupun bercakap seperti ayam dengan itik tetapi saya tahu juga sepatah dua kata.


"Selain itu, memandangkan Izmir terletak berdekatan dengan laut, cuaca pula ketika ini musim panas. Jadi disebabkan kurang awan, cahaya matahari terus kena dengan kita. Mujur angin dia sejuk," katanya.

Selain Hefny turut berlakon di dalam drama arahan Idora ini adalah Nabila Razali, Raysha Rizrose dan ramai lagi.
Cabaran Hefny berpuasa di Kota Izmir, Turki Cabaran Hefny berpuasa di Kota Izmir, Turki Reviewed by Kakigosip on 16:16:00 Rating: 5
Powered by Blogger.