Beri peluang pada Tun M saat begini: Fathia Latiff

SEJAK Pakatan Harapan menerajui negara 10 Mei lalu, pelbagai reaksi dapat dilihat daripada netizen di media sosial.

Atas dasar itu, pelakon, Fathia Latiff meminta masyarakat supaya lebih bersabar, reda dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.


"Setelah Tun Mahathir telah ditabalkan menjadi Perdana Menteri yang baru, kita perlu bersabar, redha dan menghormati keputusan.

"Kita tak perlu menunjukkan rasa kebencian sesama sendiri dan menghormati beliau sebagai orang yang lebih tua daripada kita dan menyayangi beliau," tulisnya di Instagram.

Bahkan wanita berusia 31 tahun ini meminta masyarakat untuk memaafkan figura berusia 93 tahun itu.

"Kita juga perlu memaafkan beliau jika merasai beliau ada berbuat salah pada kita atau negara.

"Kita harus ingat, kita hidup untuk mati dan seharusnya kita memberi peluang pada beliau  saat bergini.

"Terapkan rasa kasih sayang seikhlas hati. Saya percaya bukan status yang beliau cari tetapi untuk melihat Malaysia dalam keadaan yang lebih baik dan harmoni so let's #spreadthelove not hate.

"Everyhing comes from God so just be calm," ujarnya.

Fathia antara selebriti yang menunjukkan sokongan padu terhadap Tun Mahathir sedari awal lagi.
Beri peluang pada Tun M saat begini: Fathia Latiff Beri peluang pada Tun M saat begini: Fathia Latiff Reviewed by Kakigosip on 05:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.