Belum Masanya Kongsi Pengalaman Suami Kena Tangkap - Umie Aida

Biarpun kerajaan kini memberi ruang untuk rakyat bebas bersuara namun aktres Datin Seri Umie Aida masih belum bersedia berkongsi pengalaman yang dilaluinya ketika suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu ditahan tiga tahun lalu.

Memetik laporan mStar online, Umie mendedahkan dia banyak menerima pertanyaan dan mesej yang menginginkannya berkongsi pengalaman tersebut serta beberapa hal lain. Namun buat masa ini dia selesa berdiam.

"Saya minta maaf kerana belum bersedia untuk berkongsi dan lebih selesa berdiam diri untuk menceritakan pengalaman-pengalaman itu buat masa ini," katanya.

Menyifatkan pengalaman yang dilalui itu sebagai sesuatu yang mahal untuk dikongsi, pelakon filem Dukun ini bagaimanapun berjanji akan membuka cerita tersebut apabila tiba masa yang sesuai.

"Banyak perkara yang lebih penting untuk difokus. Pengalaman saya dan keluarga saya lalui adalah suatu yang mahal,” tuturnya.

Bagaimanapun, Umie berjanji untuk berkongsi perkara itu apabila keadaan sudah reda dan masa yang sesuai.

"Saya belum bersedia walaupun Malaysia sudah bebas bersuara. Insyaallah apabila keadaan reda pasti saya akan berkongsi kerana banyak positif dan hikmahnya,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Khairuddin direman selama enam hari berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada September 2015 apabila beliau lantang mendesak siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilakukan.

Beliau adalah ahli Umno pertama yang membuat laporan polis dan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu 1MDB selain beberapa laporan lain di luar negara.

Sebelum itu, pada Januari 2015, rumah Khairuddin, yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang di Mont Kiara telah dilelong dalam satu acara lelongan yang diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Khairuddin turut dilaporkan telah diiystihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.

Umie dan Khairuddin bernikah di Mekah pada Mac 2010.
Belum Masanya Kongsi Pengalaman Suami Kena Tangkap - Umie Aida Belum Masanya Kongsi Pengalaman Suami Kena Tangkap - Umie Aida Reviewed by Kakigosip on 13:46:00 Rating: 5
Powered by Blogger.