Bayarlah saya: Armin

Suami Ziana Zain, Armin Zaharin enggan mengulas lanjut berhubung hak penjagaan anak-anak.

Dia hanya tersenyum ketika ditanya adakah akan memfailkan permohonan hadanah.


"Bayarlah saya," katanya ketika meminta untuk memberi respon terhadap rumah tangganya.

Bagaimanapun dia berterima kasih terhadap media.

"Terima kasih kerana memberi kerjasama," katanya.

Terdahulu, di Mahkamah Majistret Shah Alam, pertuduhan jenayah terhadap Armin yang didakwa mendatangkan kecederaan terhadap anaknya dipinda kali kedua di hadapan Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Armin,53, bagaimanapun mengekalkan pendirian tidak bersalah.

Berdasarkan pertuduhan terbaharu, dia didakwa mendatangkan kecederaan terhadap salah seorang anaknya dengan menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam di tangan mangsa.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di rumah pasangan itu di Denai Alam, dekat sini.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir  Megat Tharih Afendi mengikut Seksyen 232 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Mahkamah menetapkan 28 Mei untuk sebutan semula dan penyerahan dokumen.

Armin kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 6 Mac mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, bekas Pramugara Kanan Malaysia Airlines itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Selepas dua hari, pertuduhan itu kemudiannya dipinda kepada Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326.

Berdasarkan akta tersebut, Armin berdepan dengan hukuman dua kali ganda hukuman atas sabitan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau sebat atau boleh dikenakan denda.
Bayarlah saya: Armin Bayarlah saya: Armin Reviewed by Kakigosip on 22:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.