Bayar RM36 Kalau Peminat Nak Cium

Kecoh apabila sebuah band “underground” mencipta fenomena di Jepun dengan mengadakan sesi interaktif bersama peminat dengan cara menawarkan peminat mencium mereka.

Laporan AbemaTV mendedahkan, kumpulan yang dikenali sebagai Menzu Chika Aidoru mengadakan sesi ramah mesra (meet and greet) dengan peminat.

Apa yang lebih hangat dan menjadi bualan ramai, peminat kumpulan tersebut bepeluang melakukan pelbagai aktiviti yang cukup romantis bersama anggota kegemaran mereka termasuklah bercium.

Namun untuk merasai pengalamn tersebut, peminat dikenakan caj 1,000 yen (kira-kira RM36) seminit untuk sesi interaksi termasuk berbual, memeluk dan “mencium jari” – di mana jari diletakkan di tengah-tengah bibir ahli band dan peminat.

..

Menurut sumber, untuk aktiviti itu sahaja, band berkenaan memperoleh ratusan ribu ringgit sebulan.

Bukan hanya Menzu Chika Aidoru, beberapa band underground lain juga melakukan perkara yang lain cuma mengenakan bayaran berbeza, ada yang mencecah sehingga 1,500 yen (kira-kira RM54).
Bayar RM36 Kalau Peminat Nak Cium Bayar RM36 Kalau Peminat Nak Cium Reviewed by Kakigosip on 13:46:00 Rating: 5
Powered by Blogger.