Bapa Tak Mahu Hadir Majlis Kahwin Meghan-Prince Harry

Bapa aktres Meghan Markle dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit dada.

Thomas Markle bimbang dia akan mengalami satu lagi serangan jantung disebabkan gangguan emosinya berikutan konflik mengenai perjanjiannya dengan agensi paparazi.

Thomas yang berusia 73 tahun itu pada Isnin membuat keputusan mengejut untuk tidak menghadirkan diri pada majlis perkahwinan diraja pada hari Isnin selepas dia didapati bekerjasama dengan paparazi.

Dia dipercayai mengalami sakit dada selepas terkena serangan jantung enam hari lalu.

Thomas dilaporkan memberitahu TMZ bahawa sakit yang dialaminya akibat gangguan emosi, dan secara khusus menyebut anak sulungnya, Samantha Grant.

Samantha berselisihan faham dengan adik tirinya, Meghan berkaitan dengan perkahwinan itu dan mendakwa isu paparazzi yang berlaku merupakan ideanya.

Meghan dan Putera Harry bakal melangsungkan perkahwinan di Istana Windsor, United Kingdom pada 19 Mei ini.
Bapa Tak Mahu Hadir Majlis Kahwin Meghan-Prince Harry Bapa Tak Mahu Hadir Majlis Kahwin Meghan-Prince Harry Reviewed by Kakigosip on 13:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.