Awi Rafael tak halang bakal isteri berlakon

PELANTUN ‘Manusia Sempurna’, Awi Rafael memberitahu dia tidak akan menghalang bakal suri hatinya meneruskan karier lakonan.

Malah Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 32, memberikan sokongan dan dorongan kepada tunangnya, Atikah Suhaime.


“Dia (Atikah) ada meluahkan hasrat, katanya masih mahu meneruskan dengan dunia lakonan.  Saya tidak menghalang malah mengizinkan serta berpesan kepadanya buat betul-betul,” kata Awi.

Ketika ini Atikah sedang menjalani penggambaran filem di Indonesia.

Tambah Awi lagi, dalam tempoh bertunang ini sebaiknya tidak berjumpa kerana dapat melahirkan perasaan rindu dalam diri masing-masing.

"Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur kerana bakal mendapat seorang isteri yang sangat memahami serta terus menyokong karier saya.

“Jadi, biarlah kami berdua tak berjumpa supaya saling merindui antara satu sama lain,” katanya sambil tersenyum.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan mereka pada 17 Mac lalu di Singapura.
Awi Rafael tak halang bakal isteri berlakon Awi Rafael tak halang bakal isteri berlakon Reviewed by Kakigosip on 22:17:00 Rating: 5
Powered by Blogger.