Artis, penggiat hiburan dijemput ke Himpunan Warga Seni Pakatan Harapan

Penggiat seni tanpa mengira latar belakang kerjaya dan pegangan politik dijemput menyertai himpunan warga seni Pakatan Harapan bagi membincangkan pembentukan seni dan hiburan di negara ini.

Ia akan diadakan pada Selasa di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Jalan Ampang, pukul 3 petang.


Pengerusi Jawatankuasa penganjuran himpunan itu, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar berkata, ia bertujuan menghimpunkan seberapa ramai penggiat seni untuk berkongsi idea bagi mewujudkan industri seni dan hiburan untuk kepentingan kesemua warga itu.

'Grand Design Industri Seni dan Hiburan' akan dirangka hasil daripada perbincangan, cadangan dan pandangan semua warga seni dan akan diajukan kepada pihak kerajaan untuk mendapat persetujuan dan pelaksanaan segera.

"Justeru kesemua penggiat dalam bidang seni termasuklah filem, muzik, multimedia, pengiklanan, penganjur acara, fesyen dan media hiburan diminta menyertainya," kata Zaienal.

Tambah beliau hasrat utama himpunan ini ialah untuk menyatukan anak-anak seni sebelum kerangka mengenai matlamat itu dihasilkan.

Ujarnya lagi, langkah itu juga bagi membantu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melaksanakan matlamat yang dirancangnya.

Beliau menambah walaupun sebelum ini terdapat artis yang cenderung kepada parti Barisan Nasional namun ia bukan satu halangan untuk mereka terlibat dalam acara berkenaan.



Artis, penggiat hiburan dijemput ke Himpunan Warga Seni Pakatan Harapan Artis, penggiat hiburan dijemput ke Himpunan Warga Seni Pakatan Harapan Reviewed by Kakigosip on 05:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.