Anuar Zain kesal sikap biadap netizen terhadap Ziana

PENYANYI Anuar Zain, meluahkan rasa kesal dengan sikap netizen yang melemparkan pelbagai tuduhan melulu terhadap kakaknya, Ziana Zain berikutan masalah rumah tangga yang sedang dihadapi.

Anuar yang ditemui media ketika menemani Ziana di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi sebutan kes penceraian bersama suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri beberapa hari lalu berharap agar pihak luar menghormati situasi kakaknya.


“Netizen kadang-kadang menulis sesuatu di media sosial tanpa usul periksa dan saya boleh katakan kurang ajar. Mereka suka menulis bukan-bukan tanpa tahu hujung pangkal.

“Kalau boleh, hormatlah kakak saya dan situasi yang terpaksa dihadapinya sekarang,” katanya dipetik daripada sebuah portal hiburan.

Menurut pelantun lagu Lelaki Ini, dia berasa kagum dengan semangat dan kekuatan yang ditunjukkan Ziana yang tabah berdepan dengan ujian getir dalam rumah tangga yang sudah dibina lebih 20 tahun lalu.

Menyifatkan Ziana sebagai seorang yang penyayang dan setia, Anuar hanya mengharapkan segala kemelut yang dilaluinya kakaknya itu segera berakhir.

Pada April lalu, Ziana memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam selepas Armin dikatakan enggan melepaskannya secara baik.

Sementara dalam sebutan kes di Mahkamah Majistret Shah Alam Selasa lalu,  Armin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan pada anak lelaki mereka, Februari lalu.

Anuar Zain kesal sikap biadap netizen terhadap Ziana Anuar Zain kesal sikap biadap netizen terhadap Ziana Reviewed by Kakigosip on 16:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.