Anak David Beckham Cuba Nasib Sertai Ujibakat di Korea

Bukan rahsia lagi bagi pasangan David Beckham dan Victoria Adams yang dikurniakan anak-anak yang berbakat.



Seperti yang diketahui umum, putera sulung mereka, Brooklyn Beckham berjaya membina nama dan karier sebagai jurufoto profesional di usia muda. Begitu juga anak kedua, Romeo Beckham yang kini bergelar model untuk jenama Burberry semenjak berusia 13 tahun.

Kali ini, giliran anak ketiga mereka, Cruz Beckham yang dikatakan sudah mula menunjukkan bakatnya. Baru-baru ini, beberapa media menyebutkan Cruz bakal menyertai ujibakat yang dikendalikan oleh sebuah agensi di Korea, Stardium.

Sesi ujibakat seglobal yang bertajuk "The Man" itu sedang mencari satu kumpulan penghibur yang terdiri daripada 10 anggota.

Kumpulan ini disebut-sebut bakal memacu karier seperti kumpulan 5urprise dari Fantagio. Sementara pengasas Stardium pula adalah bekas pengarah urusan Fantagio iaitu Na Byung Jun.

5urprise merupakan "actor group" pertama di Korea Selatan yang dibentuk pada tahun 2013. Kumpulan tersebut berhasil melahirkan beberapa aktor berbakat seperti Seo Kang Joon, Gong Myung dan Lee Tae Hwan.

..

Mengulas mengenai mengenai desas-desus tersebut, Stardium menerusi satu kenyataan bagaimanapun tidak mengesahkan secara langsung mengenai penglibatan Cruz Beckham namun agensi tersebut tak menafikan ramai peserta dari luar Korea yang mengikuti ujibakat itu.

"Oleh sebab di kalangan netizen yang mengatak bahawa putera ketiga David Beckham menghantar permohonan untuk ujibakat kelompok aktor-aktor, 'The Man', kami memeriksa para calon-calonnya.

"Bukan hanya orang Korea, tetapi banyak orang dari luar Korea yang mendaftar untuk ujibakat ini," kata wakil agensi.

Sebelum ini, selain menunjukkan minat dalam lakonan, Cruz juga mewaris bakat seni ibunya iaitu di bidang nyanyian. Victoria sendri pernah memuat naik dilaman Instagram video Cruz menyanyikan lagu Justin Bieber bertajuk Hopeful.
Anak David Beckham Cuba Nasib Sertai Ujibakat di Korea Anak David Beckham Cuba Nasib Sertai Ujibakat di Korea Reviewed by Kakigosip on 12:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.