Zul Ariffin selamatkan Neelofa dari jatuh

KEMUNCULAN aktor berbadan sasa, Zul Ariffin di atas pentas Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018) secara tidak langsung telah menyelamatkan pengacara dan pelakon, Neelofa daripada terjatuh.

Sebelum segmen menyampaikan anugerah untuk kategori Program MeleTop dan Hos MeleTop bersama Ziana Zain, Zul terlebih dahulu muncul sendiri dan berdialog bersama Neelofa bagi mempromosikan drama lakonan mereka.

Bagaimanapun ketika wanita berusia 29 tahun cuba beralih badan, Neelofa hampir tergelincir dan sempat berpaut pada Zul bagi mengelakkan dia terjatuh.

Kejadian itu mendapat sorakan ramai dan Nabil sendiri.
Zul Ariffin selamatkan Neelofa dari jatuh Zul Ariffin selamatkan Neelofa dari jatuh Reviewed by Kakigosip on 06:06:00 Rating: 5
Powered by Blogger.