Zul Ariffin nafi muat naik gambar alat sulit di Instagram

LEPAS satu, satu kontroversi yang melanda pelakon Zul Ariffin. Terbaharu hero filem Tombiruo ini menjadi bualan hangat apabila didakwa memuat naik gambar alat sulit di Insta Story miliknya semalamnya.

Walaupun hanya dipaparkan dalam tempoh beberapa minit sebelum dipadamkan, gambar tersebut pantas tular apabila ada di antara netizen yang sempat membuat screen shot.


Zul bagaimanapun menafikan berbuat demikian dan menegaskan dirinya masih waras untuk melakukan perkara yang boleh memalukan dirinya sendiri.

Katanya, dia merasa sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh salah seorang rakannya yang sekali gus bertanyakan tentang kesahihannya.

“Saya tidak melakukan perkara itu. Takkan saya nak muat naik gambar kemaluan sendiri di sosial media.

“Itu semua kerja ‘hacker yang sengaja mahu memalukan dan mensensasikan keadaan. Selalunya ‘hacker’ akan mencuri dan menukar kata laluan, tetapi lain pula yang berlaku pada saya apabila ia diceroboh dengan memuat naik gambar yang tidak sepatutnya di Instagram (IG) saya.

“Jujur saya tidak tahu bagaimana untuk respons perkara ini kerana saya tidak tergamak memalukan diri dengan memuat naik gambar kemaluan,” jelas Zul.

Menurut Zul, selepas memadamkan gambar tersebut, dia terus menukar kata laluan sebagai langkah berjaga-jaga.

Akui Zul lagu, kejadian ini benar-benar membuatkan dia merasa fobia dan akan lebih berhati-hati untuk mengendalikan laman sosial miliknya pada masa akan datang.

“Sebenarnya sudah beberapa kali IG saya hampir digodam, tetapi mereka tidak dapat menembusinya.

“Pernah sebelum ini beberapa kali akaun saya tidak dapat dibuka, tetapi saya berjaya mendapatkan kembali dengan bantuan kelab peminat yang mahir dalam mengendalikan social media ini,” jelasnya yang mengakui dihujani panggilan dan mesej daripada rakan-rakan yang terkejut dengan apa yang berlaku itu.

Bagaimanapun, selebriti kelahiran Taiping tidak berhasrat membuat laporan polis, sebaliknya hanya membuat aduan kepada di Instagram.

"Kalau saya buat laporan polis belum tentu dapat mengenal pasti dalang yang menceroboh akaun saya.

"Saya juga tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan hina ini. Kalau saya tahu senang untuk saya buat laporan," katanya kepada sebuah akhbar.
Zul Ariffin nafi muat naik gambar alat sulit di Instagram Zul Ariffin nafi muat naik gambar alat sulit di Instagram Reviewed by Kakigosip on 04:57:00 Rating: 5
Powered by Blogger.