Yatt Hamzah timang anak ketiga

LEWAT hampir dua minggu dari tarikh jangkaan, Yatt Hamzah selamat melahirkan cahaya mata ketiga, pada 1 April lalu.

Bayi ketiganya yang digelar sebagai #babyYH juga seorang perempuan dilahirkan secara normal dengan berat 3.33 kilogram (kg) di Hospital Naluri.

"Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Saya Yatt Hamzah, bonda YH telah selamat melahirkan seorang puteri Mujahidah secara normal di Hospital Naluri kira-kira jam 12.10 tengahari pada 1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H.

"Bonda dan baby girl #babyYH seberat 3.33 kg dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah.

"Kami sekeluarga menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri kami yang ketiga ini," umumnya di Instagram (IG).

Sebelum itu, selebriti berusia 36 tahun ini mengambil kesempatan menceritakan perjuangannya melahirkan #babyYH yang dilahirkan secara paksa akibat terlebih 13 hari dari tarikh jangkaan.

"Sungguh, satu hari yang sangat mencabar. Masuk ubat induce pukul 1 pagi 1 April malam tadi. Lepas lima minit terus sakit datang menyerang, makin lama makin kerap, makin panjang dan makin kuat sakitnya sampai satu tahap rasa macam nak pecah dan meletop rahim peranakan itu.


"Allahuakbar, ALLAH saja yang tahu sakitnya macam mana. Tak boleh tidur sepanjang malam bertarung dengan sakit demi melahirkan anak #babyYH secara normal. Mudah-mudahan jadi khafarah cuci dosa bonda si pendosa ini. Lepas Subuh dalam jam 7 pagi, nurse datang check bukaan baru tiga cm. Allahu sakit sepanjang malam hanya progress satu cm je. Sebelum induce bukaan dua cm. Lepas induce tiga cm. Alhamdulillah itu bahagian saya. Lain ibu, lain rezekinya.

"So, dalam pukul 8.30 pagi saya dipindah ke labour room untuk masukkan water induce yg lebih kuat bagi cepatkan lagi bukaan. Masuk saja air tu dlm saluran darah, Allahu terus sakit contraction menyerang tiga kali ganda lebih kuat, lebih lama dan lebih kerap dari yang diharungi sepanjang malam tadi. Lepas tu, air ketuban dipecahkan untuk lajukan lagi progress, dan selepas tu.. Ya ALLAH sakitnya ALLAH saja yang tahu. Wallahi tak tertanggung," kongsinya sambil disertai #kisahlabourroomku, #overdue dan #kenainducejugaakhirnya.

Bagaimanapun, Yatt menyifatkan segala kesakitan yang dirasai sebagai satu keistimewaan buat seseorang yang bergelar ibu.

'"Syukur Alhamdulillah. Inilah nikmat sakit yang hanya wanita bergelar ibu dapat rasakan. Hanya seorang ibu diberikan keistimewaan ini. Maka beruntunglah wahai ibu-ibu, ALLAH tinggikan darjatmu. Bersyukurlah.

"Mohon doakan agar anak ini jadi seorang Mujahidah yang solehah, hafizah Quran, hamba-Nya yang faqih lagi Muttaqin. Ameen," kongsinya.

Pada masa sama, Yatt turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantunya.

"Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan semua, terutamanya keluarga, rakan-rakan dan semua pihak yang mendoakan termasuk followers di media sosial," tulisnya sambil disertai #Alhamdulillah #babydahkeluarakhirnya dan #overdue13hari

#babyYH merupakan anak kedua Yatt dan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khairuddin, 28.

Sebelum itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Suci Humaira Iqlima yang kini berusia 15 bulan.

Pemilik nama sebenar Haryati Hamzah ini juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika, 8, hasil perkahwinan terdahulu, dengan Abdul Mutalib Shukor.
Yatt Hamzah timang anak ketiga Yatt Hamzah timang anak ketiga Reviewed by Kakigosip on 05:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.