"Wanita Berhijab Tak Perlu Lagi Segan Nak ke Salon" - Nora

Selepas berjaya membina nama dalam perniagaan menerusi pemasaran jenama hijab OwlbyND dan dua buah kafe, aktres jelita, Nora Danish kini terus mengembangkan empayar bisnesnya kali ini membuka sebuah salon kecantikan khas buat wanita.

Salon dan pusat kecantikan yang diberi nama Karva Salon for Ladies by Nora Danish itu yang terletak di ibu kota dan sudah mula beroperasi sejak minggu lalu.

Menurut Nora, idea untuk menceburi perniagaan ini timbul secara kebetulan selepas dia berbual dengan kenalannya, Rozza Ramli dan Jai yang juga merupakan pemilik tiga buah cawangan salon Karva di Singapura.

"Sebenarnya pada tahun lepas saya ada ke Singapura dan mengadakan acara di sana. Kemudian saya berjumpa dengan rakan saya, Rozza.

"Kami juga mula bertukar pandangan mengenai perniagaan dan bercakap mengenai keinginan masing-masing untuk membawa perniagaan ke Singapura dan Malaysia. Misalnya saya pernah terfikir untuk membawa Kopi & XOXO ke sana begitu juga dengan Rozza yang nak bawa Karva ke sini.

"Jadi dari situlah tercetusnya idea dan minat saya untuk membuka salon ini. Rozza dan kakak saya adalah rakan perniagaan saya untuk salon ini," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pembukaan salon tersebut, petang Khamis.

Neelofa dan Rozita Che Wan antara artis yang hadir memeriahkan majlis perasmian salon tersebut.Neelofa dan Rozita Che Wan antara artis yang hadir memeriahkan majlis perasmian salon tersebut.

Pada masa sama Nora berkata salon ini untuk para wanita terutama yang berhijab kerana dia memahami perasaan golongan ini yang adakalanya berasa segan untuk ke salon dan mahukan lebih privasi.

"Salon ini khas untuk para wanita di luar sana juga untuk rakan-rakan saya yang berhijab. Sebagai ibu saya faham adakala kita wanita mahu memanjakan diri selepas penat bekerja dan menguruskan keluarga, tetapi segan untuk ke salon.

"Jadi dengan adanya salon ini, ia menawarkan suasana yang lebih selesa, tiada lagi rasa segan silu dan lebih privasi untuk mereka," tuturnya.

Tetamu yang hadir tiadk melepaskan peluang mencuba rawatan kuku.Tetamu yang hadir tiadk melepaskan peluang mencuba rawatan kuku.

Beroperasi setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 8 malam, salon ini bukan saja menawarkan rawatan untuk rambut malah rawatan wajah dan kuku. Sementara produk-produk yang digunakan didatangkan khas dari Perancis, German dan berasaskan bahan organik.

Meskipun sudah semakin rancak dengan pelbagai perniagaan namun ibu dua cahaya mata ini menegaskan dia masih lagi menumpukan pada kerjaya seni secara aktif.

"Walaupun sudah ada perniagaan tidak bermakna saya akan memperlahankan karier seni. Sebagai selebriti saya perlukan populariti untuk kekal dalam perniagaan yang saya ceburi.

"Jadi memang saya akan aktif di bidang lakonan dan belum masanya lagi untuk saya tinggalkan bidang seni," katanya.

"Wanita Berhijab Tak Perlu Lagi Segan Nak ke Salon" - Nora "Wanita Berhijab Tak Perlu Lagi Segan Nak ke Salon" - Nora Reviewed by Kakigosip on 04:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.