Vicha Saywho Nafi Buang Lemak

Pelawak Vicha Saywho, 30, menyangkal kenyataan segelintir pihak yang mendakwa dia menjalani pembedahan bagi membuang lemak dalam badan untuk kurus.

Memetik laporan Harian Metro, artis kelahiran Indonesia ini menjelaskan, dia sebenarnya menjalani pembedahan yang dinamakan 'gastric bypass' untuk menjaga kesihatan selepas mendapatkan nasihat doktor.

Katanya, tiga bulan lalu dia ada membuat ujian gula dalam darah di sebuah hospital swasta. Hasil ujian mendapati kadar bacaan gula dalam darahnya sangat tinggi iaitu 20. Kemudian dia disarankan untuk buat ujian lengkap seluruh badan. Hasil daripada ujian ini mendapati kadar bacaan gula dalam darah ialah 15 dan dikira masih tinggi.

Doktor menyarankan dia mengambil ubat selama tiga bulan namun ubat tersebut gagal memberi kesan terhadap masalahnya kerana bacaan gula dalam darah masih tinggi.

Justeru doktor mencadangkan dia supaya menjalani pembedahan 'gastric bypass' bertujuan mengecilkan usus untuk mengurangkan jumlah makanan yang diambil. Selain itu pembedahan ini boleh mengurangkan masalah bacaan gula dalam darah dan masalah kolesterol tinggi boleh kembali normal.

Dia menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Ampang pada 30 Mac lalu dan telah pun dibenarkan keluar wad, semalam.

Dalam pada itu Vicha berkata, ia menjalani pembedahan tersebut demi menjaga kesihatan kerana masalah kadar gula yang tinggi dalam darah secara tidak langsung menganggu perjalanan kariernya.

"Kadangkala ketika berdiri atau buat penggambaran, saya akan rasa sakit kepala yang kuat. Saya juga ada masalah gastrik yang serius dan setiap minggu kena ambil suntikan di bahagian belakang badan. Pembedahan ini cara terbaik untuk kurangkan semua masalah yang ada.

"Saya buat bukan untuk kurus tetapi untuk jaga kesihatan. Saya tak kisah dengan persepsi orang kerana hanya saya tahu masalah dihadapi," katanya.
Vicha Saywho Nafi Buang Lemak Vicha Saywho Nafi Buang Lemak Reviewed by Kakigosip on 05:38:00 Rating: 5
Powered by Blogger.