Umie Aida minta boikot Dukun cetak rompak

PELAKON yang kini sedang trending dengan karakter Diana Dahlan, Datin Seri Umie Aida meluahkan kekesalan apabila filem lakonannya, Dukun, telah dicetak rompak.

Baru sahaja seminggu ditayangkan kepada umum, filem arahan Dain Said ini telah menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi DVD versi cetak rompak ini.


Umie sebagai pelakon utama dan mewakili barisan pelakon lain yang membintangi filem ini, menyeru kepada orang ramai agar memboikot Dukun versi cetak rompak ini.


“Isu cetak rompak dah terlalu lama kita dengar. Dan terbaru Dukun yang baru seminggu di pawagam, dah keluar cetak rompak.


“Takde apa yg mampu saya minta.. kecuali kita semua sama-sama boikot #cetakrompak. Kuasa untuk hapuskan cetak rompak hanya ada pada pengguna!

“Please.. hargai industri kami. Apa akan jadi pada filem-filem akan datang kalau perbuatan tidak bertanggungjawab ni masih berleluasa ? #dukun #boikot #cetakrompak,” luah Umie menerusi kapsyen yang ditulis pada foto DVD Dukun cetak rompak yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Dukun telah meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta pada empat hari terawal tayangannya dan kini terus mendapat sambutan hangat di pawagam selepas seminggu menemui penonton.
Umie Aida minta boikot Dukun cetak rompak Umie Aida minta boikot Dukun cetak rompak Reviewed by Kakigosip on 05:27:00 Rating: 5
Powered by Blogger.