Umie Aida Hampir Diserang Histeria, Sanggup Jilat Dinding Penjara

Aktres terkenal, Datin Seri Umie Aida mendedahkan beliau mengalami beberapa pengalaman seram ketika berada di set penggambaran filem Dukun terutama lokasi yang membabitkan kawasan di dalam Penjara Pudu.

Mengimbas memori 12 tahun yang lalu, kata Umie, saat paling menakutkan apabila dia dia hampir di serang histeria selepas didatangi satu perasaan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata.

"Setiap kali sebelum masuk dan selepas keluar set memang saya amalkan membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi.

"Ditakdirkan satu hari tu, sementara kru tengah set-up, saya pun berjalan-jalan di dalam penjara untuk ambil mood. Kebetulan pada hari itu saya uzur.

"Sampai di sel terakhir saya pandang ke arah sel itu dan entah macam mana tiba-tba terdetik dalam hati saya bertanya, apa agaknya yang mereka rasa di hari terakhir? Tidak sampai beberapa saat, saya rasa lain macam. Saya mengigil, seperti sukar bernafas. Kalau lah ketika itu saya tidak kawal diri saya, mungkin saya histeria.

"Saya berzikir kemudian saya tarik seorang kru dan keluar terus dari kawasan itu. Di luar, saya tidak berkata apa-apa, saya cuma menangis sehinggakan kru berkenaan terpingga-pingga melihat saya berkeadaan begitu," ceritanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Dukun, di TGV, KLCC, semalam.

Berkongsi pula mengenai babak paling sukar sepanjang menghidupkan watak sebagai pengamal ilmu hitam bernama Diana Dahlan, Umie berkata dia sendiri tidak dapat membayangkan bagaiamana dia sanggup melakukan beberapa adegan termasuklah babak dirasuk, membaca mantera, membunuh dan menjilat dinding penjara.

"Apabila masuk saja set, saya terus memberi fokus dan menjadi watak yang saya lakonkan. Memang yang saya jilat itu dinding penjara pudu. Bayangkan dinding itu sudah berpuluh tahun lamanya. Saya pun tidak tahu bagaimana saya boleh sanggup lakonkan babak itu (gelak).

"Selain itu babak membunuh, membaca mantera dan dirasuk juga sangat mencabar. Mantera yang saya bacakan itu adalah mantera sebenar dalam bahasa batak tetapi tidaklah sampai habis saya bacakan," katanya.

..

Dalam pada itu, Umie turut meluahkan rasa syukur, puas dan lega apabila Dukun dapat ditayangkan selepas tertangguh selama 12 tahun.

Meskipun ada dakwaan filem ini dikatakan boleh menjejaskan akidah serta watak lakonannya itu didakwa seglintir pihak diinspirasikan daripada kisah benar Mona Fandey, namun Umie tidak mahu ambil pusing.

"Filem ini akhirnya dapat ditayangkan, ia sudah satu kepuasan bagi saya. Terpulang apa persepsi orang mengenai watak Diana sama ada ingin mengaitkan dengan mana-mana pihak. Saya tidak boleh halang orang daripada terus bercakap. Apa yang penting, saya menghidupkan watak ini dengan cara tersendiri.

"Dan kalau ada yang mendakwa filem ini boleh menjejaskan akidah, kalau kenyataan itu datang dari orang industri, saya malu dengan kata-kata mereka itu. Itu saja yang boleh saya komen," tuturnya sambil tersenyum.

Karya arahan sutradara Dain Said yang turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Faizal Hussein, Namron, Adlin Aman Ramli, Elyana, Soffi Jikan ini ditayangkan di pawagam seluruh negara dan di Brunei, mulai hari ini.

Terdahulu, filem menjalani penggambaran pada 2005 dan sepatutnya ditayangkan pada Disember 2006 itu dikatakan diharamkan tayangannya ekoran masalah tertentu.
Umie Aida Hampir Diserang Histeria, Sanggup Jilat Dinding Penjara Umie Aida Hampir Diserang Histeria, Sanggup Jilat Dinding Penjara Reviewed by Kakigosip on 20:39:00 Rating: 5
Powered by Blogger.