Tyra Banks Pernah Jalani Pembedahan Plastik Betulkan Hidung

Sebut nama Tyra Banks, bagi peminat dunia fesyen pastinya cukup kenal dengan supermodel berjaya ini.

Namun, karier Tyra sebenarnya tidak selalu berjalan lancar. Malah model seksi ini kerap menerima kritikan banyak pihak selain dia juga didakwa melakukan pembedahan plastik.

Baru-baru ini, Tyra melancarkan buku biografinya yang bertajuk Perfect Is Boring. Apa yang mengejutkan, model berasal dari California ini secara terang-terang mengaku dia pernah melakukan pembedahan plastik membetulkan bentuk hidungnya ketika di awal-awal penglibatannya dalam dunia peragaan.

Lapor E!News, Tyra mendedahkan dia menjalani pembedahan tersebut atas alasan kesihatan. Ini kerana, tulang hidungnya mengalami kecederaan ketika dia berusia tiga tahun. Ketika itu dia tidak mengalami apa-apa masalah akibat cedera itu dan membiarkan hidungnya sehingga pulih.

Namun lama-kelamaan dia mula berasa tidak selesa dengan hidungnya. Akhirnya pengasas America's Next Top Model itu menyedari tulang hidungnya semakin senget.

"Ini (pembedahan plastik) adalah untuk kesihatan juga kecantikan.

"Saya selalu merasakan hidung saya seperti senget", akuinya.

Tidak mahu lagi berdiam dri, dia segera mendapatkan nasihat daripada doktor dan membuat keputusan untuk melakukan pembedahan plastik. Namun dia tidak menafikan hasil pembedahan plastik itu sedikit sebanyak bertujuan memcantikkan lagi wajahnya.

"Saya boleh bernafas seperti biasa, tetapi saya memang melakukan pembedahan plastik untuk kecantikan. Saya mengakuinya! Rambut saya palsu, dan saya menjalani pembedahan hidung," tambah Tyra.

Dalam pada itu, Tyra berharap semua wanita tak lagi menghakimi wanita lain yang telah melakukan pembedahan plastik.

Katanya, setiap wanita seharusnya mempunyai kebebasan untuk memilih sama ada mahu berwajah natural atau diubah.

"Kita sebagai wanita seharusnya berhenti menghakimi," tuturnya.
Tyra Banks Pernah Jalani Pembedahan Plastik Betulkan Hidung Tyra Banks Pernah Jalani Pembedahan Plastik Betulkan Hidung Reviewed by Kakigosip on 13:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.