Tuduhan tidak berasas: Hannah Delisha

PELAKON popular, Hannah Delisha sekali lagi menafikan gosip mengenai pihak pengurusannya yang meletak harga tinggi untuk tawaran berlakon buatnya.

Menganggap tuduhan itu sebagai tidak berasas, selebriti berusia 22 tahun ini juga mengakui perkara tersebut telah pun diselesaikan.

"Ada lagi mengenai isu ini? Saya rasa pihak pengurusan saya dah pun selesaikannya.

"Sebenarnya, ia tak pernah wujud pun bahkan kita juga masih mengekalkan kerjasama dengan produksi terbabit.

"Kita juga akan bekerjasama lagi untuk satu projek lakonan terbaharu," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui di pelancaran drama mini, 3 Gadis Manis musim kedua, semalam.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch ini menyifatkan isu tersebut sekadar gosip biasa yang harus dihadapi seseorang yang bergelar selebriti.

"Apa yang boleh saya katakan, ia hanya gosip semata-mata kerana tiada isu seperti yang diperkatakan berlaku di antara kami," katanya.

Pelakon kelahiran Singapura itu mengulas laporan ruangan pojok yang menyatakannya mula meletakkan harga tinggi untuk drama terbitan MIG Production.

Hannah kononnya dikatakan terlalu berkira dan melupakan jasa MIG yang mengangkat namanya dalam industri menerusi drama Mencintaimu Mr Photografer.
Tuduhan tidak berasas: Hannah Delisha Tuduhan tidak berasas: Hannah Delisha Reviewed by Kakigosip on 05:42:00 Rating: 5
Powered by Blogger.