Tiga Aktres Bollywood Ini Dinilai Wanita Paling Dipuja Dunia

Pesona dan tarikan tiga aktres Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan, Priyanka Chopra, dan Deepika Padukone memang tak dapat disangkal lagi.

Tidak hairanlah jika ketiga-tiga bintang jelita ini menjadi Wanita Paling Dipuja Dunia.

Lapor Bollywood Life, sebuah laman sosial antarabangsa, YouGov telah melakukan tinjauan ke lebih 35 buah negara dan melibatkan lebih dari 37 ribu orang yang menyebutkan siapakan satu-satunya wanita yang paling mereka puja dan jadikan idola.

Aishwarya, Priyanka, dan Deepika berhasil menempati posisi dalam senarai 15 wanita teratas. Masing-masing berada di posisi ke 11, 12, dan 13.

Sekaligus ia merupakan suatu pencapaian yang luar biasa bagi ketiga-tiga bintang ini lantaran wanita-wanita berpengaruh seperti Michelle Obama, Oprah Winfrey, Ratu Elizabeth II, Hilary Clinton, Emma Watson, Taylor Swift, dan Gal Gadot juga turut memasuki senarai tersebut.

I juga membuktikan pengaruh yang mampu diberikan Aishwarya, Priyanka, dan Deepika terhadap kepopuleran mereka di persada antarabangsa selama bertahun-tahun.

Ketiganya tidak hanya menempuh karier di negara mereka malah kini sudah berjaya menembusi ke industri hiburan Hollywood. Aishwarya adalah aktres pertama yang membuka jalan bagi aktres lain India untuk menempah nama dunia Hollywood yang kemudian diikuti oleh Priyanka dan Deepika.

Meskipun sibuk engan kerjaya seni, mereka juga tidak lupa untuk membuat kebajikan dan terlibat dalam kegiatan sosial. Misalnya, Priyanka bekerja sama dengan UNICEF dan Deepika bekerja sama dengan Smile Laugh Love Foundation.

Sementara itu, beberapa selebriti wanita China juga tersenarai iaitu pelakon Liu Yi Fei yang akan berperan sebagai Mulan dalam versi live action. Selain aktres Yang Mi, Fan Bing Bing, dan Zhao Wei.

Tiga Aktres Bollywood Ini Dinilai Wanita Paling Dipuja Dunia Tiga Aktres Bollywood Ini Dinilai Wanita Paling Dipuja Dunia Reviewed by Kakigosip on 14:35:00 Rating: 5
Powered by Blogger.