Tiada babak dipotong, jalan cerita kekal: Dain Said

FILEM yang paling mendapat perhatian ketika ini, Dukun, bersedia untuk ditayangkan kepada umum pada tarikh 5 April ini selepas 12 tahun 'disimpan'. 

Filem hebat ini dibarisi oleh bintang-bintang terkenal iaitu Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussien, Bront Palarae, Namron, Elyana dan ramai lagi.

Sebagai pengarah, Dain Said, tentunya berasa lebih gembira lagi kerana karnyanya dapat akhirnya dipersembahkan.

Dain juga bersyukur apabila mendapat tahu filem itu 'lulus dan lepas' untuk tayangan umum selepas 12 tahun ‘disimpan’.


“Kerja keras yang dilakukan oleh peneraju utama dalam filem ini seperti Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein, Bront Palare dan Namron akhirnya berbaloi kerana mereka telah berikan yang terbaik ketika penggambaran filem.

“Walaupun saya baharu minggu lepas dapat tahu filem ini akan ditayangkan di pawagam, tetapi saya masih mahu berterima kasih kepada pihak penerbit, Astro Shaw atas usaha untuk tayangan Dukun,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Dain juga, tiada babak yang akan dipotong dan jalan cerita akan kekal sama seperti mana 12 tahun lalu sewaktu sesi penggambaran dijalankan.

“Memang sejak dari awal Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) tidak pernah potong mana-mana scene, jadi untuk tayangan di pawagam ini tiada scene yang akan dikeluarkan,” ujarnya.
Tiada babak dipotong, jalan cerita kekal: Dain Said Tiada babak dipotong, jalan cerita kekal: Dain Said Reviewed by Kakigosip on 05:44:00 Rating: 5
Powered by Blogger.