The Rock Mengaku Pernah Alami Depresi, Cuba Bunuh Diri

Dwayne Johnson atau The Rock sedia dikenali sebagai figura ahli gusti profesional sebelum beliau membina nama sebagai salah seorang bintang filem A-list Hollywood.

Namun siapa sangka, rupanya aktor bertubuh sasa ini dalam diam-diam pernah berjuang melawan penyakit depresi yang dialami ketika berusia lima belas tahun.

Dedah The Rock, ibunya dikenali sebagai Ata pernah cuba untuk bunuh diri di depannya. Tindakan itu dilakukan beberapa bulan setelah mereka dua beranak diusir dari apartment mereka.

"Dia (Ata) keluar dari kereta di Interstate 65 di Nashville dan pergi ke arah jalan raya. Kereta-kereta besar melintas di jalan. Saya memeluknya dan menariknya ke tepi jalan," ceritanya.

Kata The Rock lagi, bagaimanapun sehingga kini ibunya tidak pernah mengingati insiden tersebut.

"Apa yang paling gila daripada percubaan bunuh diri itu ialah sampai hari ini, dia (Ata) tidak ingatan sama sekali (tentang kejadian itu). Mungkin yang terbaik untuknya adalah tidak mengingatinya," tuturnya.

Akui pelakon berusia 45 tahun ini, sejak kejadian tersebut dia berasa tertekan sehingga dia tidak mampu melakukan apa-apa selain hanya menangis sepanjang masa.

"Perjuangan dan rasa sakit adalah nyata. Saya hancur dan tertekan.

"Hingga mencapai titik di mana saya tak mahu melakukan apapun atau pergi ke mana pun. Saya hanya menangis,"

Tidak hanya berdepan dengan insiden hitam itu, impian The Rock mahu menjadi pemain bola sepak profesional juga hancur kerana dia mengalami beberapa kecederaan. Sebelum mengalami kecederaan, dia sebenarnya telah menandatangani kontrak dengan pasukan bola sepak Kanada.

Selain itu, pengalaman putus cinta dengan teman wanitanya juga merupakan saat paling sukar yang pernah di alami dalam hidupnya. Dek kerana tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi, dia pernah cuba membunuh diri seperti ibunya.

"Kami berdua sembuh tetapi kami selalu harus melakukan yang terbaik. Kami harus membantu mereka mengalami tekanan dan mengingatkan mereka bahwa mereka tidak sendirian," tambahnya

Sementara itu, baru-baru ini seorang peminat mengadu kepadanya mengatakan dia menderita kerana depresi.

"Saya mendengar kamu. Saya bertarung melawan binatang itu lebih dari satu kali," balas Dwayne sekaligus memberi kata-kata semangat kepada peminat berkenaan.

Kini, The Rock membuktikan dia mampu bertahan sehingga berjaya mencipat nama sebagai salah seorang aktor Hollywood dengan bayaran tertinggi di dunia.

Dia sekarang sibukkan pelbagai projek filem yang dibintangi seperti filem Rampage serta satu lagi berjudul Skyscraper.

Selain, dia juga sebagai produser eksekutif untuk filem berjudul Fighting with My Family yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2019.
The Rock Mengaku Pernah Alami Depresi, Cuba Bunuh Diri The Rock Mengaku Pernah Alami Depresi, Cuba Bunuh Diri Reviewed by Kakigosip on 20:21:00 Rating: 5
Powered by Blogger.