Tak Mahu Cemar Imej Malaysia, Maruah Keluarga

Aktres Raja Ilya tidak mahu ambil pusing kritikan segelintir pihak yang menuduhnya menipu mengenai tawaran lakonan dalam filem francais Marvel di Hollywood, Amerika Syarikat.



Tegas wanita berusia 32 tahun ini, dia tidak mungkin memperbodohkan diri mengumumkan sesuatu yang belum sahih.

Namun dia terpaksa menolak tawaran itu selepas mendapati ada babak kurang sesuai yang bercanggah dengan nilai Islam.

"Saya tidak bodoh untuk mengumumkan sesuatu yang belum ada pengesahan lagi.

"Saya ke Hollywood untuk menandatangani kontrak lakonan serta menghadiri sesi uji bakat filem itu. Selepas mendapat watak itu barulah saya mengumumkannya.

"Ketika membaca skrip baru saya mendapati ada bahagian menyentuh sensitiviti Islam.

"Sudah pasti saya tidak mahu mencemar imej Malaysia dan maruah keluarga, jadi dengan berat hati saya terpaksa menolak lakonan itu," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Menurut Ilya, walaupun menolak tawaran tersebut, sudah ada rezeki lain menantinya di Amerika Syarikat dan dia akan kembali ke sana lagi.
Tak Mahu Cemar Imej Malaysia, Maruah Keluarga Tak Mahu Cemar Imej Malaysia, Maruah Keluarga Reviewed by Kakigosip on 20:35:00 Rating: 5
Powered by Blogger.