Sufian Tak Tahu Apa Motif Fathia, Enggan Panjangkan Isu

Penyanyi Sufian Suhaimi, 26, tidak mahu memanjangkan isu mengenai pelakon Fathia Latiff yang menukar lirik lagunya, Di Matamu dengan mengaitkan nama bekas tunangnya, Elfira Loy.



Memetik laporan mStar online, Sufian berkata dia tidak tahu apa tujuan dan niat sebenar tindakan aktres tersebut namun berharap ia tidak ada kena mengena dengan hal peribadinya.

"Saya ada tengok muzik video lagu balas Di Matamu nyanyian semula Fathia yang dah diubah lirik.

"Bagi saya, tak ada masalah untuk dia nak ubah lirik lagu tersebut. Tapi apa motif dan niat dia 'memetik' (mengaitkan) nama individu tersebut, saya tak tahu.

"Tak ada isu pun bab itu. Tapi saya berharap ia tidak ada kena mengena dengan hal peribadi saya,” katanya.

Sementara, Fathia sebelum ini memberitahu pihak media, dia tiada niat hendak mengambil kesempatan atas kisah putus tunang pasangan berkenaan.
Sufian Tak Tahu Apa Motif Fathia, Enggan Panjangkan Isu Sufian Tak Tahu Apa Motif Fathia, Enggan Panjangkan Isu Reviewed by Kakigosip on 17:38:00 Rating: 5
Powered by Blogger.