Siti turun 14kg dalam masa 15 hari

PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kilogram (kg) dalam masa 15 hari selepas melahirkan puteri sulungnya.

Menurut Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagram peribadinya, dia dapat menurunkan badan dengan cepat kerana banyak berjaga dan anaknya, Siti Aafiyah kuat menyusu.

"Alhamdullillah, hari ini hari ke-15 ibu dan Siti Aafiyah selepas bersalin.

"Datuk Dr. Vernon (doktor Aafiyah) dan Datin Dr Suhaiza (doktor Siti Nurhaliza) happy dengan perkembangan kami berdua.

"Ibu happy sebab dah susut 14kg sebab berjaga dan Aafiyah kuat minum susu ibu. Terima kasih anak ibu tolong ibu. Alhamdullillah," tulisnya.

Rata-rata peminat turut memuji Siti Nurhaliza dan turut mengusik bahawa pelantun lagu Segala Perasaan itu akan kembali langsing seperti zaman anak daranya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang dibuat penyanyi berusia 39 tahun ini dua hari lalu, dia telah menerima kunjungan Duli Yang Teramat Mulia, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puan Pahang Darul Makmur yang sudi mencemar duli menziarahi anaknya.

Selain itu, pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi juga turut meluangkan masa untuk bertemu Siti dan Aafiyah.
Siti turun 14kg dalam masa 15 hari Siti turun 14kg dalam masa 15 hari Reviewed by Kakigosip on 05:35:00 Rating: 5
Powered by Blogger.