Siti Sambut Mesra Kunjungan Bekas Isteri Datuk K

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini menerima kunjungan daripada Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham yang merupakan bekas isteri Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa (Datuk K).

Menerusi akaun Instagram, Tengku Zawyah telah memuat naik gambar yang dirakan ketika melawat Siti anaknya Siti Aafiyah di penghibur tersebut.

"Melawat puteri Siti Aafiyah. Terima kasih atas layanan mesra DSCT dan DS Khalid. Semoga kehadiran puteri ini memberikan sepenuh kegembiraan," tulis Tengku Zawyah.

Gambar tersebut turut mendapat repost daripada Siti sendiri.

"Alhamdullillah. My pleasure DS Kak Tengku. Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati dan memberkati kita sekeluarga. Amin ya rabb," tulis Siti.

Rata-rata pengikut Instagram Siti memberi komen positif dan gembira terhadap pertemuan ini.

Siti Sambut Mesra Kunjungan Bekas Isteri Datuk K Siti Sambut Mesra Kunjungan Bekas Isteri Datuk K Reviewed by Kakigosip on 13:26:00 Rating: 5
Powered by Blogger.