Siti kesal penyebaran berita palsu ketika dalam pantang

PENYANYI terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan kekesalan dengan penyebaran berita palsu yang di buat oleh sebuah blog.

Menurut Siti, penulis blog berkenaan mendakwa beliau menggunakan maklumat secara tidak sah bagi mengaut keuntungan besar.

Bagaimanapun apabila di klik pada pautan berkenaan, akan keluar berita yang memaparkan wajah Siti dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.

"Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini

"Saya menafikan sekeras-kerasnya berita di atas (jika dirujuk kepada saya) dan perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan diri saya.

"Saya berharap masyarakat tidak terpengaruh dengan berita palsu berkenaan," tulisnya di laman Instagram.

Isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini, kini sedang berpantang selepas melahirkan anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu.

Menerusi posting tersebut, Siti memuat naik paparan skrin berita berbahasa Inggeris bertajuk 'Sita Nurhaliza Being Sued After Using Illegal Information To Make Millions (Sita Nurhaliza didakwa menggunakan maklumat tidak sah untuk mengaut jutaan)'.

Dalam berita itu, mereka menggunakan foto penyanyi ini namun namanya dieja sebagai Sita Nurhaliza dan bukannya Siti Nurhaliza.

Siti juga turut mempersoalkan tindakan pemilik blog berkenaan memuat naik berita palsu  tersebut.

Malah, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada penulisnya jika tidak memadam berita itu.

"Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah mengundang kekeliruan dan menimbulkan pertanyaan banyak pihak.

"Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya sepertimana yang tertera dalam petikan di blog berkenaan.

"Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan akan merujuk kepada pihak yang berkaitan," ujarnya lagi.
Siti kesal penyebaran berita palsu ketika dalam pantang Siti kesal penyebaran berita palsu ketika dalam pantang Reviewed by Kakigosip on 06:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.