Shila Amzah nikah 19 April, resepsi 22 April

LEBIH kurang tujuh hari lagi, penyanyi, Shila Amzah akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, Haris Idraki, 28 tahun.

Debaran makin dirasai apabila pihak pengurusan Shila, 27, mula mengedarkan jemputan ke majlis resepsi yang akan berlangsung pada 22 April di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya.

Sebelum ini, Shila memaklumkan kepada Astro Awani bahawa dia akan bernikah pada 19 April, namun belum menetapkan tarikh resepsi.

“Walaupun sibuk dengan jadual yang padat untuk karier saya, saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan saya yang akan berlangsung 19 April ini.

“Sebagai penggiat seni, saya akur dengan ketetapan untuk berulang alik terutamanya ke China kerana saya juga perlu memenuhi permintaan di sini,” katanya kepada Astro Awani.

Terdahulu Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah telah mengikat tali pertunangan dengan Haris Idraki pada 3 November lalu di kediaman keluarganya di Cheras.
Shila Amzah nikah 19 April, resepsi 22 April Shila Amzah nikah 19 April, resepsi 22 April Reviewed by Kakigosip on 05:47:00 Rating: 5
Powered by Blogger.