Shila Amzah Kini Bergelar Isteri Haris

Tahniah kepada penyanyi Shila Amzah yang selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Haris Idraki Elias dalam sebuah bertemakan ‘pure forest garden featuring bohemian wood’ yang berlangsung di kediaman Shila di Cheras, semalam.

Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah, 27, selamat diijabkabulkan dengan Haris Idraki Elias berwalikan bapa Shila sendiri, Amir Amzah Salleh.

Akad nikah disaksikan Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Shila menerima mas kahwin RM888 daripada pihak lelaki namun jumlah hantaran yang dipersetujui keluarga tidak didedahkan.

..

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran 400 tetamu termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat dua mempelai ini.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 22 April ini di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya.

Terdahulu, Shila dan Haris mengikat tali pertunangan pada 3 November lalu.
Shila Amzah Kini Bergelar Isteri Haris Shila Amzah Kini Bergelar Isteri Haris Reviewed by Kakigosip on 04:43:00 Rating: 5
Powered by Blogger.