Shahir raikan hari lahir anak Erra

WALAUPUN terpalit dengan beberapa kontroversi yang kurang menyenangkan tahun lalu, penyanyi Shahir Zawawi nampaknya masih berhubungan dengan pelakon jelita Erra Fazira.

Buktinya Shahir telah muncul untuk turut sama meraikan majlis hari lahir anak Erra, Engku Aleesya, 9, yang lahir pada 30 Mac 2009.

           
Shahir dilihat duduk bersebelahan dengan Erra dalam majlis 'makan-makan' itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Jepun bersama rakan-rakan mereka yang lain.

Foto yang dilihat di Instagram bekas Editor Media Hiburan Intan Zabidin ini, sekali gus mengesahkan bahawa Erra dan Shahir masih lagi berhubungan antara satu sama lain dan hubungan mereka juga tetap akrab.

                 
Tahun lalu, pasangan sejoli ini pernah dikatakan bakal bertunang atau berkahwin terus pada tarikh 9 Februari ini, namun dinafikan oleh Erra.

Dan sehingga kini, cerita mengenai Erra, Shahir terus dilupakan sehinggalah kemunculan semula Shahir di majlis meraikan Aleesya ini.

Adakah ini permulaan baharu kepada kemunculan semula Shahir? Sama-sama kita nantikan.
Shahir raikan hari lahir anak Erra Shahir raikan hari lahir anak Erra Reviewed by Kakigosip on 05:46:00 Rating: 5
Powered by Blogger.