Seth Meyers Kongsi Detik Isterinya Bersalin di Lobi Apartment

Pelawak terkenal, Seth Meyers baru-baru ini berkongsi kegembiraan kerana kelahiran cahaya mata kedua diberi nama Axel Strahl Meyers.

Namun di sebalik berita gembira tersebut, Seth berkongsi cerita dramatis mengenai proses kelahiran putera pada 8 April lalu.

Menerusi program yang dikendalikannya, The Late Night Show, Seth memulakan ceritanya dengan berkongsi mengenai proses kelahiran anak sulungnya, Ashe Olsen Meyers, yang kini berusia 2 tahun.

Penghibur berusia 44 tahun itu berkata, proses kelahiran Ashe sangat cepat dan hanya dalam tempoh 20 minit. Namun rupanya hal tersebut dianggap "normal" jika dibandingkan dengan kelahiran adiknya, Axel.

Ini kerana isteri Seth, Alexi Ashe tidak sempat dibawa ke hospital sebaliknya melahirkan bayi kedua mereka di lobi apartement yang dihuni mereka.

Menurut Seth, pada pagi kejadian dia sedang menyuap Ashe di rumahnya. Tiba-tiba ibu mertuanya berteriak dan meminat supaya dia segera membawa Alexi ke hospital.

Kakak ipar Seth kebetulan datang untuk menjaga Ashe, dan Seth terus membawa isetrinya bersama ibu mertua dan seorang pembantu lobi, menuju ke sebuah kereta yang sudah menunggu di luar.

"Isteri saya sangat kesakitan ketika itu. Sepertinya itu ia kontraksi yang sangat panjang," katanya.

Ketika hampir tiba di lobi, Alexi sudah tidak mampu untuk menuju ke kereta dan hampir melahirkan bayinya. Seth berkata dia panik dan tidak tahu bagaimana untuk membantu menenangkan isterinya.

"Isteri saya seperti seseorang yang menyembunyikan bayi di dalam seluar. Seperti seseorang yang mahu menyelundupkan seorang bayi masuk ke dalam pesawat!" gurau Seth.

Seth berkata, dia mengarahkan pembantunya membaringkan Alexi di lantai lobi.

"Kami membaringkan isteri ku dan bayinya keluar! Kepala bayiku keluar!" katanya.

Seth sebenarnya sudah menghubungi pihak 911 untuk membantu proses kelahiran itu, namun rancangan tersebut gagal kerana Axel sudah lahir dengan selamat.

Mereka kemudian mendapat bantuan dari pihak pemadam kebakaran New York yang tiba setelah Axel lahir dan membantu untuk memotong tali pusat bayi berkenaan.

"Dan saya ingin berterima kasih kepada isteri saya, yang tentu saja harus mencari apartment yang lebih dekat dengan hospital. Dia sangat luar biasa," ujar Seth.

Seth Meyers Kongsi Detik Isterinya Bersalin di Lobi Apartment Seth Meyers Kongsi Detik Isterinya Bersalin di Lobi Apartment Reviewed by Kakigosip on 18:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.